Saturday, June 2, 2012

Memori Tercipta


Adik beradik MTM sesi 2011/2012
Bersama Meneruskan Keunggulan Legasi MTM
Di Kolej Kedua



Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Bait-bait lagu memori tercipta yang menjadi sejarah bagi aku dan kami semua.. 
secara rasminya terlepas daripada jawatan MAjlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua. Perasaan cinta, sayang , rindu, suka, benci, marah, sedih menjadi satu menghasilkan satu perasaan yang mengharu di antara kami semua.. dalam sedar atau tidak, akhirnya kami telah berjaya menjadi satu family yang bahagia.. <<< family MTM 2011/2012>>> yang paling bahagia sekali... Entahlah.. 1 jun semalam, semasa majlis.. aku speechless,,, tak tahu nak menyatakan walau satupun patah perkataan.. hanya linangan airmata yang deras mengalir dipipi serta adik-beradikku yang lain sewaktu bersedia untuk membuat persembahan khas.. Sedih bertambah kerana ada dikalangan kami yang tidak dapat menghadirkan diri atas alasan yang tidak dapat dielakkan.. hmmmm.. apapun sebabnya, kami memang berjaya mengharungi pelbagai hal bersama-sama selama setahun.,. kini, semua itu hanya mampu dibukukan di diari masing-masing, ditaip ke blog, difilemkan dalam vlc player,dipahat dalam ingatan serta disemat didalam hati...
Aku doakan semoga apa yang kita telah lakukan bersama-sama mendapat keredhaannya, serta semua boleh berjaya dengan cemerlang.. InsyaAllah..
Kepada akak-akak dan abg-abg final year saya, dengan hati tulus ikhlas doakan yang terbaik buat korunk semua.. semoga apa yang dipelajari berguna dan dapat diaplikasikan pada masa akan datang.. begitu juga.. dengan yang lain... gudluck untuk sem hadapan.. InsyaAllah.. semua boleh OSEM!!!


<<< Salam Sayang Buat Semua..... (^^)V  >>>




Monday, May 28, 2012

Kebenaran

Dilema.. dilema.. dilema..
dilema kebenaran!
Dilema.. memendam sebuah kebenaran.. bagaimana dapat ku ungkapkan sesuatu yang pahit.. terhadap sahabatku sendiri..
memang saat itu.. perasaan sangat terkejut dengan sikapnya yang dingin yang dianggap seolah-olah bergurau..
Entahlah.. waktu itu.. saat itu masih terngiang-ngiang cara dia berkomunikasi denganku.. biarlah.. biarlah.. asalkan dia bahagia.. rasa marah hanya sekejap sahaja... tapi, parut itu kekal selamanya.. semoga ada ubatnya..huhuhu...
hari ini kaw datang bertanya kepadaku berkenaan dengan yang itu.. harus bagaimana mungkin aku mengatakan yang sebenarnya.. tidak!
mungkin belum masanya lagi..
xpelah.. biar masa mengubati semuanya.. huhu..

salam sayang semua..


Thursday, May 24, 2012

Rindu Brongko~~

Salam..
Dah hampir setahun tak balik rumah... mula hati tercari-cari makanan bugis yang ada kat semenajung nie.. tapi, hampa.. huhuhuh.. 
hari ni.. tiba-tiba rasa nak berkongsi resepi sejenis kuih bugis.. huhuh..
namanya BRONGKO.. yang nie sedap gilerrrrr... especially kalu dah masak, letak dalam peti ais.. biar dia sejuk..

BAHAN-BAHAN YANG KITE PERLUKAN:
1 sisir loka/otti yang masak ranum (buang urat/bahagian tengahnya)

1 biji kaluku ambil santannya1 cawan golla kessi5 biji tellodaulloka/daung otti (buang pelepahnya bentuk segi empat 8×8 in

CARA MENYEDIAKAN ADUNAN:
Lenyek loka/otti sehingga lumat. Boleh gunakan alat pengisar (blander). Masukkan tello, santan sedikit demi sedikit dan gula. Gaulkan sehingga rata. Tambahkan santan sehigga bancuhan agak cair. Jangan terlalu cair atau keras. Keras nanti jadi pasau loka pula. Campurkan golla ikut suka hati, kalau mahu kurang manis, kurangkan golla.
CARA MEMBUNGKUS:
Temukan hujung daun seperti gambar 1. Daun hendaklah disalai sekejap agar layu dan tidak mudah terkoyak. Tarik naik hujung tepi kiri dan kanan membentuk takungan seperti gambar 2. Masukkan adunan di atas (1/2 cawan anggaran) dan kemaskan lipatan sepeti gambar 3. Bungkusan hendaklah dikuatkan dengan menyemat lidi di hujung lipatan daun.

CARA MEMASAK:
Kukus sehingga masak ( anggaran 15-20 minit). Adunan akan menjadi sedikit pejal apabila masak. Siap…. lebih sedap dihidang sejuk. Dari peti sejuk lagi sedap……cubalah.
Maksud perkataan:
pasau loka – kek pisanggolla kessi-gula pasirtello-telur,daulloka/daung otti-daun pisang, loka/ottipisang

dalam sedap.. sejuk lagi sedap~~ ^^

Bungkusan yang baru masak.~~

Terima kaseh kerana membaca.. hihihi..
signout dulu.. salam..


Sayang semua..^^



Sunday, May 6, 2012

Aku yang jauh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Hidup sebagai remaja memang penuh dengan dugaan.. hanya mereka yang sabar sahaja akan diangkat tinggi martabatnya.


*____*


Benar..benar.. saat ini aku sangat mengharapkan aku berada disamping keluarga yang jauh di sebelah Timur Malaysia.
Rindu..rindu.. rindu untuk bertemu mereka semua.. bergelak ketawa bersama..
aku berharap..aku berharap.. agar sambutan ulang tahun ke 22 nie diraikan bersama family, tapi apakan daya faktor masa, jarak dan kewangan merencatkan segala keinginan..
Laut China Selatan menjadi pemisah terbesar aku dan keluarga.. tapi, aku tekad kerana hanya tinggal kurang 2 bulan aku akan pulang ke Negeri Di Bawah Bayu..

Sayang semua..




Thursday, April 19, 2012

Busy dan sibuk pun satu nikmat..bila busy...mulalah terasa masa yang berlalu sebenarnya betul2 berharga...

Bila dah busy, mulalah terasa kerdilnya kita dalam tempoh 24 jam nie pun boleh tak terurus.....

Bila dah busy, mulalah aktiviti sia2 berkurang...tulah..bz nie memang nikmat...

Alhamdulilah..dalam busy nie pun..ibadat kita tetap ALLAH jaga, kesihatan kita tetap ALLAH maintain baik..busy2...







Monday, April 9, 2012

Masp 2012

MASP Kolej Kedua 2012..

benar2 meninggalkan banyak kenangan kepada ku.. Bekerja dibawah unit protokol mengajarku banyak perkara yang aku tidak ketahui.. Sesungguhnya, unit ini adalah unit keinginan ku sejak bergelar mtm kolej..
Alhamdulilah.. semua berjalan lancar.. Perasaan yang tidak dapat digambarkan ketika bekerja sebagai ketua protokol. Aku sangat bertuah diberikan kepercayaan.. kerana MASP merupakan majlis yang terbesar yang diadakan oleh Kolej Kedua..

Tapi, waktu nie... tak sempat nak amek gambar langsung.. aku sibuk melihat jam sepanjang perjalanan majlis, ragu-ragu sekiranya majlis ini tamat lambat.. Risau gak kalau vip semua tu komplen ke.. huhuhu.. tapi, alhamdulilah.. majlis tamat awal daripada yang dijangkakan..

Aku sempat ambik beberapa gamabar je la.. huhu.. Brought to you by suriana@blogspot.

Bersama-sama ajk pelaksana..^^


Pelajar Tahun akhir bersama tetamu vip..

MAsp 2012.. Di Hotel Equatorial, Bangi..^^

Bertema masquarade.. so sweet!!

Maintain ngan walkie talkie tue.. hhuhuh..

Barisan rakan mtm seperjuangan sekalian.. Love u all..!!

bersama kak shila amzah.. hihi.. juga final year kolej saye.. huhu..
Pemenang MAsp tu yg budak lelaki tu.. kak wan.. paling sweet.. i suka kat atas kepala tue.. ^^

Nie la final year yg paling mellleettuuuppsszz malam tue.. fuhhhh.. abg nazmi..^^

Barisan rakan2 eks protokol.. Thanx uols.. sekali ngan emcee we all.. >_<

Nie adek-beradek kat kolej aku.. aku selalu buli budak nie.. hihih..

Desert nie memang sedap giler.. huhuuh.. aku mkn abes nie.. hihih.. 

Semoga Malam anugerah seri perdana (MASP) kolej kedua, upm menjadi masp yang terbest wat pelajar tahun akhir kolej kedua.. huhu.. Insyaallah..
Tu je nak share kali nie.. Thnx uol for reading.. hihhi
^^