Thursday, December 26, 2013

Yang dinamakan jodoh~

" Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah sebaik-baik perancang. "

Memendam perasaan itu juga merupakan satu jihad, pada pendapat saya. Kerana kita sedang berusaha agar tidak terjebak dengan yang dikatakan dosa menurut Islam. Tetapi, tidak dinafikan perasaan suka didalam diri seseorang itu merupakan fitrah manusia biasa, yang tidak sempurna. Kerana itulah berada di alam remaja ini, merupakan satu alam yang sangat mencabar bagi setiap remaja. 

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya

Tidak dinafikan, ada kawan-kawan lain yang risau kerana belum mempunyai pasangan sendiri pada ketika ini. "Sabar..sabar.. doa banyak-banyak.. InshaaAllah..jodoh semua itu ketentuan Allah.. Allah dah rancang yang sebaik-baiknya untuk kita.. Bezannya samada kita yakin atau tidak.." hanya itu yang mampu terluah saat ada kawan-kawan yang menyuarakan kerisauan yang terbuku didalam hati mereka. 

Ada jugak kawan-kawan yang bercerita tentang pasangan masing-masing. Saya doakan semoga sampai ke jinjang pelamin.. InshaaAllah.. dan ada jugak yang bercerita pasal kesedihan sepanjang menjalinkan hubungan. Bila dengar part yang sedih2 nie, terlahir juga rasa syukur sebab tidak terlibat dengan keadaan sebegini. 

Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.. =)




Monday, December 23, 2013

Study week~

Minggu study week.. satu minggu yang penting bagi semua siswa dan siswi.. kerana minggu nie sahaja yang ada bagi meng'cover' semua topik yang dipelajari untuk menghadapi peperiksaan akhir yang paling lama pun hanya 2 jam bagi setiap subjek.. 

Minggu study week kali ini adalah minggu study week yang aku kira sangat berbeza berbanding minggu study week yang lain. kenapa?? 

hmm.. sebab minggu study week kali ini merupakan minggu study week aku yang ke semester 7.. Alhamdulillah.. plus dengan minggu ini jugaklah aku akan membuat pembentangan research proposal yang telah aku sediakan sepanjang semester ini.. Ok, pembentangan tersebut pada hari Khamis nie.. nervous?! Of course, I am! Walaupun bole dikatakan banyak kali jugaklah berada di hadapan orang lain dan bercakap, adalah sangat normal bagi aku setiap kali berada di depan, setiap kali itu jugaklah aku akan menghadapi rasa yang sama. 

Slide fyp?! Alhamdulilah dah siap.. selepas berbincang dengan supervisor di jabatan semalam.. aku bolehlah bergembira, tapi bukanlah bergembira sangat pun sebab aku masih perlu untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan 2 paper adalah pada hari yang sama.. iaitu Abstract algebra dan Number Theory.. May Allah ease everything.. =)

Ok.. disebabkan tahap stress yang membuak-buak pada saat ini, aku juga mampu menamatkan cerita korea..hihi..ok..yang ni aku tak sangka ea.. "All About Eve",, thats the title.. Cerita yang mencabar akal fikiran dan penuh pengajaran moral pada aku sebagai penonton cerita tersebut. 

Aku sangat berharap aku dapat buat yang terbaik untuk final exam kali ini.. Semoga adik nanong, aku serta semua kawan2 bersamaku sukses dan berjaya~! 

#SemogaAllahRedha 



I am a Kakak Demo

Semua yang mengetahui pasti akan berkata : " waa... bertuahnye ko Sue,, masih degree..mcmna boleh dapat mengajar kelas tutorial kat jabatan? "
Alhamdulillah..inilah yang dinamakan rezeki. sebagaimana baik dan lancarnya kita merancang, hanya Allah sebaik-baik perancang. Pertama kali dibagi peluang untuk mengajar kelas "Introduction To Calculus" bagi pelajar program pertanian satu pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan.
Pada mulanya, rasa tak percaya apabila diberikan surat pelantikan tersebut. Apa yang mampu terfikir pada saat itu, " mampukah aku untuk membahagikan masa untuk belajar dan mengajar? " well, I take this opportunity as a challenge to me! :)

Akhirnya , semester kali ini jugak, aku diberikan peluang untuk mengajar sekali lagi bagi sunjek yang lain. Subjek kali ini ialah "Pengenalan Matematik Dalam Ekonomi"
Hmmm..Kali pertama  dapat tahu,"hmm..ni subjek ape?" Rupenye die lebih related tentang ekonomi, cthnye : simple interest, compound interest dan sebagainya..Ok! kali ini aku kira lagi mencabar. Akv berhadapan dengan pelajar2 junior upm program ekonomi dan perniagaantani.. Setiap minggu, aku akan mengajar 3 jam kelas. Ada pelajar yang komited, dan ada pelajar yang kurang komited. Aku cube memberikan skema pemarkahan yang mampu menolong markah final diorang... Baik kan kak demo nie? >.^ hihihhhi..

Seronok bila berada dalam nie, selain dapat meningkatkan skill bercakap di hadapan semua orang, skill bercakap dalam bahasa inggeris juga meningkat memandangkan saya ada pelajar dari luar negara, China, Thailand dan Indonesia.. Hmm.. berbelit2 jugakla lidah nak bercakap dalam bahasa orang lain nie.. ahah.. Tapi, aku tahu aku boleh, yeahhyyy!! This is what we called as challenged! kata nak mewujudkan mahasiswa minda kelas pertama kan.. so, kena la cube bende mcm ni.. ^_^

Tapi, semester nie..kelas tutorial dah tamat..satu pengalaman yang seronok bersama mereka.. hanya ada beberapa keping gambar sebagai kenangan dengan mereka semua..

Mereka tengah fokus! ^_^

Kelas Tutorial MTH3004
Sangat berharap semester terakhir nanti, dapat lagi berkhidmat kat jabatan matematik mengajar kelas tutorial lagi.. InshaaAllah..
#semogaAllahredha

Friday, December 13, 2013

Love You

Baru selesai menelefon ayah di kampung. Alhamdulillah, mereka sihat-sihat sejahtera.
Bila aku bertanyakan bapa, mak ada di mana? Bapa menjawab "mak ada di bawah pokok tengah membersihkan tebu seorang" Luluh hatiku saat bapa berkata sedemikian..
Aku cuma mampu membalas kata-kata bapa : " kesiannya mak.."
dalam hati aku menyambung ayatku " sabar mak ea, lagi sedikit sahaja lagi perjuanganku di sini.. InshaaAllah, sue akan bawak mak dan ayah ke sini..

Ini misi yang aku pegang sejak berada di tingkatan 1 lagi. Kalau hendak dicerita disini, sangatlah panjang dan berliku-liku dugaan yang harus aku tempuh sebelum menjejakkan kaki ke menara gading. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu terucap, apabila mengenang kembali perjalanan hidupku sehingga detik ini, sungguh Allah telah merancangnya dengan sebaik-baik perancangan.

Aku sedar, aku datang dari kalangan keluarga yang sederhana, mak ayah tidak punya harta untuk diberikan kepada kami dua beradik. Tapi, aku bersyukur dengan segala yang diberikan, aku diberikan mak ayah yang penyayang, sporting, dan paling penting kami bahagia.

Bertindak selaku anak pertama, beban tanggungjawab yang kubawa dan kugalas kesini sangat menuntut aku agar lebih sedar dan sentiasa beringat di mana kedudukanku yang sebenar. Mendorong aku agar tidak datang ke sini bermain-main semata, mendorong aku agar menimba ilmu seberapa banyak yang boleh, mengutip pengalaman seberapa banyak yang mungkin.

Mak selalu pesan : " Belajar bagus-bagus.. kamu harapan keluarga untuk memajukan hidup pada masa hadapan.. Ayah selalu tidak sihat, tidak mungkin lagi untuk dia bekerja keras seperti kamu kecik.. Jangan lupa semua nie ea.. "

Pesanan ayah pula : " Bapa tiada harta untuk dibagi-bagikan kepada kamu dua beradik.. melainkan ilmu yang kamu tuntut.. selagi bapa mampu, bapa akan sentiasa mendorong kamu belajar.. Jadi selalu ingat niat sebenar ke universiti ea... "

InshaaAllah, aku akan buat yang terbaik..doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah redha.. :) adik pown akan buat yang terbaik jugak... :)
MakAyah : sedikit sahaja lagi, doakan saya.. InshaaAllah.. saya akan ubah hidup kita.. :)

Love you Mak Ayah ..


Suriana
(14/12/2013 ; 1.17pm)

Monday, October 28, 2013

tentang sahabat

pernah terbaca suatu ayat berbunyi...

" teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah.. mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya mengingatkan kita kepada mati.."

Kadang-kadang terfikir.. sahabat adalah satu anugerah dan kurniaan daripada Allah.. atau dengan kata lain adalah pinjaman semata-mata..

Dengan adanya sahabat, banyak yang aku dapat kongsikan, banyak yang dikongsikan.. kadang-kadang berharap dapat menolong sahabat yang dilanda masalah.. namun, kadang-kadang pertolongan itu hanya mampu diberikan melalui doa kepada Allah agar memberikan kekuatan kepada sahabat yang menghadapi masalah..

Ada sahabat yang berusaha untuk mengingatkan agar sentiasa berada si laluan yang betul.. Alhamdulilah Ya Allah..Mereka membantu kita agar menjadi lebih baik dan istiqamah..

Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah.. kerana memberikan aku sahabat yang baik.. semoga persahabatan kami kekal dunia akhirat.. InshaaAllah.. ^_^


Friend till jannah..

friend till jannah..

InshaaAllah.. ^_^

Wednesday, July 3, 2013

Praktikal time!

Salam.. 

Alhamdulilah.. 6 semester sudah selesai.. tinggal lagi 2 semester untuk diselesaikan.. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.. ^_^
Hari ini genap hari ke-9 aku berpraktikal di PPD.. Banyak perkara yang dipelajari.. ramai orang ditemui.. bermacam ragam perangai yang dihadapi..
Aku berharap laporan harian berjalan lancar, dan laporan akhir juga dapat aku siapkan ontime 
Semoga semua dipermudahkan olehNya.. 

 Seronok juga dapat berpraktikal di PPD.. ^_^

Minggu pertama : sye tiada kerja..
mood : Happy, bl
ur dan berlalat jap.. =D

Minggu kedua : Kerja dah bertimbun
Mood : Penat tapi best.. =)

Tapi, paling penting.. jumpa cikgu lama, ckg sk dan smk.. hahah.. lucu dan lawak rase sbb duduk sama unit ngan diorang..dan kene hantar laporan ngan akuntuk diminitkan.. heheh.. apa2 pun..
terima kasih banyak Cikg
u!! ^_^


Friday, March 15, 2013

keliru

Rasa itu datang lagi. Tapi, aku yakin ini cuma sementara,seperti biasa..sebagaimana yang pernah berlaku dahulu. Aku tahu aku kuat untuk melalui semua ini. Aku sedar keberadaan kawan-kawan di sekeliling aku, membantu aku sebenarnya. :D Semoga Allah sentiasa meredhai semuanya.