Wednesday, May 11, 2016

Pengalaman Fasa 2 : PTD

Hello korang semua, selamat pagi dan selamat bersarapan! hew

Ok, memandangkan skg ni Sue tengah excited nak share pengalamna sepanjang memohon keje ptd ni, so, bukak2 je laptop, teros bukak blog! ahahhaha, oppss..

Ok, seperti yang Sue ceritekan di entry sbelum ni, boleh rujuk kat sni, http://suriana13lasaraiya.blogspot.my/2016/05/pengalaman-fasa-1-ptd.html, fasa 1 selesai selepas korang dapat emel daripada spa yang mengatakan kamu lulus exam online tu. :D, thats good uols!

Selepas itu, korang kene menjawab soalan psikometrik, yang biasanya bole diakses selama seminggu berdasarkan tarikh yang dikeluarkan oleh pihak spa. Soalna ni, senang je. jawab ikut common sense korang, sebab diorang nak tengok kamu ni jenis mcmna orangnya. hehhe.. Cumenye, soalan dia agak banyak dan sedikit mengantukkan.. heheheh

Selepas itu, keluar je keputusan ujian psikometrik tu, korang akan menerima emel yang mengatakan kamu dijemput utk menghadiri Program Assessment Centre, PAC. PAC ni berlangsung lame jugak sebab setiap batch akan menghadiri PAC selama 2hari 1malam di INTAN. Hari tu Sue dapat di INTENGAH, pada 20-21 April 2016. Best memang best, sebab kat ctu kita dapat berkenalan, luaskan kabel kate orang.. ahhaha,,
Jemputan PAC drpd pihak SPA
Berdasarkan emel diatas, cuba tengaok lampiran yang dinyatakan. Lampiran A, mcm biodata, nt isi kat sana, cume kita kene readykan gambar passport la, yang cantik dan kemas. Lampiran B tu, adalah jadual sepanjang program, so, kite bolehlah bajet baju berapa, nak pakai apa, bila mase kene pakai baju formal dan tak formal. Heheheh,... Kemudian, Lampiran C tu adalah pemberitahuan bahawasanya, pada hari pertama disana, diorang akan buat test mcm ujian karangan BM dan BI. Masa Sue tu, memang menagntuk tahap gaban, sebab sebelah pagi dah buat ujian UKJK, so memnag agak penat! Lampiran D tu adalah senarai aktiviti yang dibuat pada sebelah pagi, hari pertama, Ujian UKJK. 

Aktiviti UKJK ni sangat penting sebenarnye, sbb untuk meluluskan diri meneruskan aktiviti seterusnya, kamu kene lulus ni dulu. Pepagi hari pertama tu, pendaftaran, taklimat sikit dan dimulakan dengan ujian UKJK. Dekat UKJK tu, diorang buat ujian seperti yang tertera dalam gambar ye.

Untuk ujian UKJK ni, result akan dikeluarkan hari tu jugak, sekitar pukul 1.30 petang, once korang lulus, barulah bole teruskan aktiviti seterusnya, iaitu, ke dewan besar untuk menjawab soalan karangan. Kalau tak lulus, so bye-bye la yee.. hehehheh... *tapi, mostly semua lulus la batch yang dtg tu.. hehehe.

Untuk soalan karangan BM, Sue dapat soalan dibawah :
1. Keharmonian rakyat Malaysia dibawah Gagasan 1 Malaysia..(..kalau tak silap.. )
2. **tak ingat dah pasal ape.. **

Untuk soalan karangan BI, Sue dapat soalan dibawah :
1. Green technology
2. Rukun negara

* jawab satu soalan je, jangan banyak2.. ehehhe.. paling penting, sebelum dtg ke PAC ni, kene study banyak jugak laa.. study pasla kenegaraan, baca hal2 semasa yang berlaku kat malaysia dan luar negara, memang banyak membantu!

Lepas ujian tu, checkin bilik, rehat jap, pastu, kumpul semula untuk aktiviti seterusnya. Sebelah malam tu, kitorang buat aktiviti kapal karama, kene pilih sape yang perlu dibuang ke laut gitu laa,, untuk selamatkan orang- yang lain. So, kite kene fikirlah mane yang terbaik gituuu.. heheh.. Lepas aktiviti tu, setiap orang akan dapat tajuk untuk public speaking BM dan BI untuk keesokan harinya. Sue dapat tajuk berikut :
1. Keusahawanan kerjaya pilihan. (BM)
2. Fruit trees to replace decorative plants for urban landscaping. (BI)

So, balik bilik je, sue tak terus tidur, sue stay jap, carik point2 yang berkenaan.. sebab kalu fikir esok pagi, takut tak sempat. hewwww

Untuk hari kedua, kami start dengan public speaking tu, habes je yang itu, kami kene buat discussion dalam groupselama sejam. Maksudnye, diorang bagi tajuk, pastu.. setiap orang kene bercakap point masing2, dan sepanjang tu, ad wakil spa (pegawai ptd), untuk bagi markah kat setiap orang. So, sepanjang ni, jgn la konker sorang2, bantu kawan2 lain yang kurang berckp, kalu tak markah kite kene tolak gak,.. gitulaa katenyee.. hehehe

Habes discussion tu, semua orang lega sbb PAC dah tamat! yeayhh, Time to go back laaa~~ ahahhah

excited!! ahahah~

gambar kenangan selepas PAC tamat!
Best sangat2, pengalaman baru bagi Sue yang pertama kali ke program gini, nak keje dengan kerajaan kan.. ehheeh,, so, me is so excited! even, rase mcm.. ya Allah..kerdil sgt diri, bila berada dalam kalangan orang2 yang hebat, hahhaha. Yang datang tu, bukan orang sembarangan tau, semua yang dah kerje, pegawai besar kat putrajaya tu haa.. yang aku ni, masih student lagi.. last semester lak tu.. ahhaha.. but,,,, its okaiyyy jaa.. hewhehwhew...

Lepas 2 minggu lebih, results PAC pun kluar! yeww

Ok, dah lulus.. Alhamdulillah.. sampai ke tahap ini!
Alhamdulillah.. Sue rasa sangat happy sebab dapat sampai sehingga ke tahap nak tengok tarikh interview. ahahahah.. Memang satu peluang yang sangat berharga. Sebab semua bende first time, dah Allah permudahkan sehingga nak ke peringkat IV. Semakin aku berazam, untuk buat yang terbaik, dapat ke tak dapat belakang cerita! yeaeyyy!

Ok ols, sampai sini dlu.. ahah nak sambung edit thesis plak ni.. Sue harap, pengalaman ni dapat membantu sesapa saje yang bakal menghadapinyaa..  ^_^

Chaos duluuu!! :*


Lasaraiya, S.









Pengalaman Fasa 1 : PTD

Pegawai tadbir dan diplomatik gred m41.. Ini memng bidang kerja yang menjadi kegemaran bagi kebanyakan lulusan universiti dan sewaktu dengannya.

Sape yang tak nak keje sebagai ptd ni kalau lah diberi peluang untuk menyandang jawatan ini kan. Tapi sejujurnya, aku memang tak tahu ap-apa pun pasal jawatan ini, sehingga lah di semester 7, roomate aku sedang gigih menjawab soalan online exam ptd ni. Tetapi, rezeki pun tidak menyebelahi dia.

Hmm, tapi tak pe, dia dpt rezeki keje yang lagi baik dan sesuai utk dia skg ni. hahah, rezeki masing2, Allah memang dah tentukan, kite ni tak tahu, cuma kita perlu usaha dan Allah akan bg yang terbaik untuk kita.

Sehingga lah, saat di semester akhir master ni, aku pun terlibat ngn benda ni,, hehheeh.. Muenya aku pelik, kenape aku tak dpt ap2 panggilan interview daripada spa? Rupenye selame ini, aku tak pernah isi pun,, ahahah,, *mybad*

So, aku start isi spa8 tu, bulan 8/2015. Salah satu jawatan yang aku apply adalah ptd ni la.. haishh,, apply je dlu.. tuptup,, sekitar hujung disember 2015, aku dapat emel drpd spa, *jemputan menjawab exam online ptd.

emel spa
Bila dpt je emel ni, aku pun gigih sikit laa, pegi la google skit ptd ni apa, bidang tugas, kebaikan, keburukan, procedure, semua2 laaa.. hinggalah kemudiannya, aku berazam, aku akan buat yang terbaik sepanjang-panjang ni, walau apa pun keputusan mendatang. hahahha

Aku buat research gak, soklan dia camne, bace blog2 pengalaman orang2 yang share kat google ni,, heheh, pastu carik2 kawan yang dpt emel gitu.. yang pastinya, ini pengalaman pertama aku nak apply keje government ni.. 

Semua orang kate, nak jd ptd ni memang susah, banyak cabran dan halangan,, hmm. memang pown, tp pengalaman yang kite dpt tu, sgt lah berharga. heheh

So, fasa pertama nak jadik ptd ni, kenelah jawab exam online dan lulus exam online ni. So, aku punye tarikh jawab exam tu pada 19 Januari 2016. Memandangkan nak jawab exa tu dgn lancar, ak pun stay kat inspem ni haa, kat inspem tenet laju, takut gak tersekat2 time jawab tu.. hewww..

Bahagian A : Pengetahuan am.. 
Yang ni, kalu korang ok bab-bab hal negara, ok je, bole jawab punye.. aahhah..
Time ni, aku tak mau mintak tlg ngn sesapa, aku buat sendiri2, tak nak lah meniru ke, menipu ke,, hehhe.. takut tak berkat plak dari awal2 ni..

Bahagian B : Matematik
Honestly, soklan bhgian ni, ala-ala soalan kbat darjah 6, tapi, memndangkan masa yang singkat tu, rasa cam.. alamakkk! kelam kabut giler.. ahhaah, gigih aku kire, student maths kan, kenela gigih skit kire.. ehhehe,, ** kate nak all out..!!**

Lepas jawab exam tu, tunggu la beberapa minggu, result kluar, dan spa pun emel kite like this. 

Ok, Alhamdulillah dapat! hehehh
Bila dapat emel ni dari spa, mksudnya kita dah settle fasa 1 nak jadik ptd.. yeayyh!! 

Ok uols.. Sue sambung besok, sbb nak balik dulu,, nak hujan..

Chaosss,, :*





Monday, March 23, 2015

In Love with SIMPLYSITI produk!

Salam and hi!! Selepas sekian lamanye aku menyepi.. Akhirnya..kini ak dpt mencuri mase skit tuk conteng2 kat blog aku ni.. ahah.. Yeayhh!!
Jom kita buat revioew pasal product simplysiti..

Ok.. Sbenarnye ak dah lame nak try produk ni.. tetapi.. apakan daya..ak tangguhkan sementara kerana hrgenye yg agak melambung tinggi!! Gituu.. Akhirnya.. ak pun memulakn dengan penggunaan dnars skincare..Well..lme jgak aku gne produk ni..dalam 6 bulan.. slepas 2 kali pembelian full set.. Heheh..
Well..dnars tu ok laa..on my face.. smua kate muke ai glowing.. ahhah... "iye la tohh"" ahah

Tapi, biasala pompuan kan.. dia suke try bende lain yg kononye lagi bagus,meletop dan vogue berbanding produk semasa! And akhirnya aku memilih produk simplysiti! yeayyhhh!! ^_^ ^_^

Slepas tu, bile ak dah start usha2.. ak g bce review2 pengguna yg telah menggunakannya.. and somehow, most of them said.. produk tu very very good! *thumbUp!!* A pun jad lebih yakin tuk try.. Paling pentinggggg.. Money..money..money.. Sbb we all know, price adalah sebanyak mahal.. hewhewhehw..

Bile da ad pendapatn lebih skit.. ak pun gagahkan kakimelangkah masuk ke watson berdekatan.. huhu.. Tanganku dengan automatiknya mencapai benda-benda yang terdapat dlm gambar.. antaranya : Clear solution cleanser, ice toner, dermagic beauty moisturizer, acne gel dannn simple elegant two way cake powder.... phewww~~ Terbaik! habes dlm rm100 hinggit! #dasyat!

Produk Clear Solution, Dermagic, ngn two-way cake powder.. ^_^ 
Dan kini, selepas penggunaan sebulan dua, Kulit we all jadik gebu, lembut dan kurang berminyak..gituu.. waah! aku ayat2 promote sgt! aahah But, its the truth tau! Aku paling suke dermagic beauty moisturiser..Memang terbaikkk laaaa! Yg mna, ia diformulakan utk mengurangkan stress dan pakai kat muka.. Sejukk.. Best laa! #HighlyRecommended!!

Me and dermagic beauty moisturizer! :D
Dan setelah aku dah rase ok, dan sebati dgn produk ni.. aku pegi beli Hydravita E. Yg ni tuk kurgkan kesan parut jerawat pada muka.. Sape2 yang masih ragu2 nak try ke tak,,, just follow kate hati.. dan akhirnye, anda pasti beli.. ehhehe..

Hyravita E and Acne Gel.. 
I cdangkn uol g usha harge kat watson, sedikit murah sbb ad promotion.. Next time ni, ak nak plan beli Hidravita C pla.. heheh.. Tak rugi pakai.. memang the best!

Produk Asia yng setaraf luar negara,, SIMPLYSITI.. selain sesuai dgn kulit orang asia.. betul tak?? :D
Emm.. sampai cni je kot review kali ni.. tq sbb sudi luangkn mase membace.. :* :*


Tadaaaaaa~
Salam.....

Monday, November 17, 2014

Hari Convo Saya..

 Selepas 17 hari hari bergraduasi, aku masih terasa kegembiraan yang dirasai oleh semua yang terlibat. Alhamdulillah hari bergraduasi aku dihadiri oleh orang-orang yang ku sayangi.. mak ayah adik pensyarah dan kawan-kawan yanglain.
Aku dapat rasakan kegembiraan mereka semua terutamanya mak dan ayah. Aku tahu betapa mak dan ayah aku bersyukur dengan semua ini.. Terima kasih Alhamdulillah ya Allah. Saat ayahku menyatakan kegembiraan itu, aku tak mampu mengatakan apa pun selain ucapan Alhamdulillah.. 

Teringat saat yang lalu di mana aku terfikir ke mana hala tuju ku..selepas menghabiskan persekolahan sehingga ke tingkatan 6. Apa yang boleh aku lakukan hanyalah berdoa semoga Allah memberikan petunjuk. Alhmdulillah segala lancar,, dan benarlah kata itu,, kita hanya merancang Allah juala sebaik-baik perancang. 

Saat aku menggenggam ijazah itu, ak terbayang usaha selama 4 tahun. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ku hadapi di UPM sepanjang bergelar mahasiswi di sini. Banyak yang aku pelajari, dan pengalaman itulah yang menjadikan siapa aku yang sekarang. 

Ohh.. indahnya saat rasmi bergelar pemegang degree dalam bidang matematik sekaligus menjadi Alumni UPM dan duta UPM ke serata dunia. 

Alhamdulillah ya Allah..
Semoga Engkau sentiasa merahmati dan memberkati mak ayahku. Semoga peluang untuk berbakti kepada mereka suatu hari nanti akan terlaksana.. InshaAllah..
My family.. <3
member yg datang memeriahkan.. :D
emm... banyak lagi gambar nak uplod.. aishh..line x best laa.. heehehe..
to be uplod later.. hehehe

Kumawooo!!! ^_^

Thursday, September 11, 2014

Satu Kehidupan Baru Bagiku : Master

Alhamdulillah..sekali lagi.. aku diberikan peluang dan ruang untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana.. di universiti yang sama semasa aku menamatkan zaman degree..

Honestly aku katakan.. terdapat sedikit perasaan yang luar biasa semasa menjejakkan kaki sekali lagi sebagai pelajar di universiti ini sebagai pelajar master..

Aku baru berada di semester pertama...minggu yang pertama,, hari yang pertama.. agak pelik kerana aku tidak mempunyai kelas yang perlu dihadiri setiap minggu seperti zaman degree yang lalu.. ahahah.. happy? of course laaa... kahkah...

Minggu ini, kesibukan menyelesaikan masalah pendaftaran.. membayar yuran.. dan berjumpa dengan penyelia yang akan bersama denganku sepanjang masterina ini.. inshaaAllah.. :))

Settle semua bende ni.. sv aku, Dr.Siti Hasana Bte Sapar... mule la memberikan sedikit tugasan.. sebagai permulaan..katenyee..hihih..

Aku senang bekerje dengannya kerana beliau seperti ibu-ibu sangat.. hihih.. ada masalah je, kitaorang akan jumpe beliau..sejak masalah zaman degree lagi.. haha..over x? kesian kat dr.. huhuh.. *semoga dr. murah rezeki dan sihat dunia dan akhirat.. :)

Minggu ni jugak sesak dengan permohonan sgra, permohonan grf dan permohonan mybrain15.. waaaa..aku memang penink dengan dua bende ni.. sbbnye.. banyak sangat bantuan kewangan yang boleh dimohon, khas utk pelajar local master and phd.. bersyukurlaa..Malaysia masih aman dan tenteram.. #Alhamdulillah.. :)

Mohon doa kawan2 yang lain agar semua bende ni dapat diselesaikan secepatnyee... x sabar nak dapat duit!! kihkihkihkih $$$$$$$$ hewhewhwwwwwwww~~ gitu la aku kann.. dulu time degree ye laa.. hidup kat universiti ni atas bantuan Allah, family dan kpt.. kpt bagi bantuan biasiswa selama 4 tahun free of charges! siap cakap ngn kiaorang ni.. korang bebas tuk wat ape2 je korang nak lepas degree.. as long as korang hntar semua resut setiap sem.. dan hantar surat tamat belajar lepas habes blajar.. tapi bagi yang  nak sambung blajar pula..kene hanatar la surat penangguhan kontrak...in case laaa... supaya ada kelebihan sikit bile nak mohon mybrainsc 2015.. :))

Rasenye sampi ni saje dulu kot.. huhuh... nt ada ap2.. iol akan update lg..  see yaaaa... ^_^

Saturday, June 7, 2014

Just done my Viva!! 2014

Assalam..

sudah lama tidak meng'update' status di sini.. mungkin disebabkan kesibukan yang melampau di akhir-akhir semester ini.

Pembentangan yang dijangka dibuat pada 5 Jun 2014, terpaksa diawalkan sehari iaitu 4 Jun 2014 kerana 'second reader' tak ada pada keesesokan harinya. Jadilah aku meroyan sorang-sorang, berdebar sorang2 dan berlatih sorang2 sebelum hari yang mendebarkan itu tiba.

Alhamdulilllah..semuanya berjalan dengan jayanya.. Terima kasih ya Allah..sebab membuatkan pensyrah hanya memberikan persoalan yang boleh aku jawab dengan 'confident'nya.. ^_^ gituewww~

Sekarang lagi siuk menyiapkan saki baki thesis yang perlu dihantar dalam masa 2 minggu dari sekarang. Begini rasenye bila bergelar seorang pelajar tahun akhir.. di samping aku juga turut menjadi pekerja 'part-time' di fakulti sains ini..

Tetapi, apa yang aku lalai ini, InshaaAllah merupakan satu kebaikan dan kelebihan kepadaku untuk menghadapi hari2 mendatang dengan hati yang terbuka.. InshaaAllah

selepas habes pembentangan.. kelegaan terserlah.. Alhamdulillah.. :))

Wednesday, March 12, 2014

My FYP (part 1)

Banyak yang berlaku sepanjang aku menjalankan projek tahun akhir ku ini.. Bermula dari semester 7 yang lalu, bermula dengan pemilihan supervisor pilihan masing-masing... Aku memberanikan diri menyahut cabaran dengan memilih supervisor dari luar negara, Uzbekistan.. " Susahlah nak faham English die.."... "tak reti cara explanation die dlm kelas..".. "Seyes xde orang nak tulis name bawa die.."..dan banyk lagi.. Ni semua yang sering diperkatakan oleh pelajar disini terhadapdie.. "Prof Isamiddin.." Yes, he is my supervisor.

Aku sangat yakin dengan sv yang ku pilih. Bermula dengan meeting yang pertama, utk meminta tajuk yang bakal dikaji.. Beliau memberikan satu tajuk berkenaan dengan Lie Algebra..I was like wow! what kind of title is that??! ahahah.. Aku pun try request satu tajuk yang berkaitan dengan Biologi.. we discuss..we discuss.. and we end up dengan title "Catalan Number".. Aku pun tak reti sgt pada mulanya.. Niat pertama.. aku nak buat satu formula yang bakal digunakan pada masa hadapan..mampoo~!! ihii... xpe, yakin je Sue! hewww~!

Aku mula la dengan mencari article yang berkaitan.. tension mendatangi diri.. sebab rujukan untuk tajuk nie sangatlah sedikit.. Tapi aku yakin je la.. Sv pun baik..Alhamdulilah.. Dia banyak memberikan tunjukajar kepada aku.. 

...... (to be continued)

Monday, January 6, 2014

Yesterday Monday holiday~

Alkisahnye semalam berjalan-jalan ke Kuala Lumpur seharian bersama-sama dgn kawan berasal dari Korea. Rancangnye nak pegi pada semester hadapan,, tapi mengingatkan dia bakal balik ke Korea selesai sahaja semester ni, ak pun decide pegi by exam week.. Tak pernah lagi kluar berjalan-jalan pada waktu exam week,, ni sangat melanggar panrang larangku yg dulu..waahhhh (pantang larang sgt kann...) ahah..

Kami bermula dari Serdang, upm la of course, menuju ke KTM Serdang..dengan harapan rancangan hari ini berjalan dengan lancar.. hihih.. seronok jugak berjalan-jalan nie, rasa mcam dah jadi habit plak.. Sampai di KTM Serdang, membeli tiket terus menuju ke Bandar Tasik Selatan(TBS).. Hmmm... Dari TBS ni, beli tiket ke stesen Hang Tuah, bukan Hang Jebat ea.. hihii.. Biase bile nak g KL, just follow ngn kawan yang dah tahu selok belok jalan ataupun naik kereta, tu yang dah 4 tahun kat sini, tapi feeling-feeling mcm masih baru kat cni,, sebab tak tahu jalan.

Laluan LRT ke stesen Hang Tuah

Sampai di stesen Hang Tuah, keluar je dari stesen tu, terus belok kiri dan turun tangga. Destinasi pertama, adalah Kenanga Shopping Mall. "Banyak giler baju.!"..."Murah sangat!!".... "Beli borong dapat lagi murah!"... "Jom pegi Kenanga sem depan!! "... Ini adalah antara komen yg telah saye senarai pendekkan, respond diorang tentang tempat nie. Nak tak nak, ak kene pegi jgak la kan..tak mahu asyik diceritakan dgn orang lain..

Baru sampai.. muke happy!



This is Ju..
Woo Hyeon Ju, from Korea~ ^_^
Directory Kenanga.. kene tengok sbb banyak sgt~
Disebabkan banyak sangat kedai baju, saye rase mcm nak muntah pun ade..wuhuuiii~~ tak habes round semua tempat! hihihi.. Bergerak plak ke Times Square.. tak jauh sgt,x jgak dekat sgt dr Kenanga nie.. so..so gituew.. Kononye, Ju nak beli Flipper! so, pegi la jln2 ke sana plak.. Aku rase enjoy mcm dah habes pepr kan, walhal ad lagi satu paper,Sabtu nie..xpe.. sempat lagi.. (sedapkan hati sendiri,..)

Sempat amek gambar, otw nak g Times Square dr Kenanga..

Kesibukan Kuala Lumpur..Bangunan memcakar langit!!
Kepanasan dari luar hilang begitu je, saat melangkah masuk ke dalam TS. Perut yang dah bernyanyi memaksa kaki ke Foodcourt dekat cepat..Tengah nak order, abang kat kaunter tu tanye,"ad kad x?" "xde.." "xboleh beli mknan ke klu xde kad?"..hnya mampu tnye dlm hati.. "kene beli kad kat luat tu dlu bru order mknan.." Laa ye ke?? haiyooo.. apela..nak makan pun ade sistem mcm nie~ ahah.. ke ak yang dah ketinggalan zaman..*Positive thinking* =)) errmmm..ape2 je la.. yg penting ak dah lapar nie.. 

NIkmatnye~~ Alhamdulillahh... ^_^

Amek gambar puas-puas hati~ :))

Seyes creative!! 

Selesai dekat TS, kami menuju ke Masjid Jamek! Memang gigih gileeerrr~~ ahahha.. tapi memang best gileerrrr!! Puas hati, release tension.. ahha..

.......

Selesai kat area Masjid Jamek, kami pun decide balik,, plus time tu hujan..so.. x nak amek 2 kali train, sbb dah kepenatan.. kami pun berjalan kaki ke Stesen Bank Negara,..

Nak dijadikan cerita.. kami berdua salah naik train.. !! OMG! seyes xsedar, x tido pun dlm train tu.. slepas KL sentral septutnye stesen MidValley.. di sbbkan salah train, KTM tu terus ke Angkasapuri, Petaling, Pantai Dalam dan terus ke Pelabuhan Klang..  Kami sedar tersalah train dekat stesen Pantai Dalam.. baru stop kat ctu, tunggu ktm plak kat ctu, and stop kat KL Sentral.. Kat KL Sentral brulah naik ktm yg betul~ haiiiyyyyhhhh!! Terbukti kepenatan disitu ea!! ==" This is first time salah ktm!! "ermm..xpe Sue,normal la salah ktm, plus ko kan bkan orang cni...." (sedapkan hati sendiri.. hihihihi)

Alhamdulillah..sampai di upm sebelum maghrib tiba.. ^_^

Moral of the story..
--> Kalo tension belajar, g jalan2..release tension ooo.. ^.<
--> Kalo x tahu jalan, tanye la sape2 yang berdekatan.. 
--> Jalan..jalan jugak.. solat jgn lupe..
--> Barang kat Times Square pun murah laaa.. ahaha
--> Barang kat Kenanga, mcm harga kat luar je.. dapat MuRAH kalu beli borong.. tu jee... ^.^
--> Sebelum jalan kene rancang, nt sampai kat shopping mall beli bende2 yang x ptut daa... Tu namenye, satu pembaziran.. hihih..
Saje nak mencipta memori dgn sahabat dari Korea nie.. Harapnye Ju happy seharian berjalan ni...  =))

Macam happy jerr... hihihihhi

Ok Bye!! ^_^
Salam semua...