Wednesday, May 11, 2016

Pengalaman Fasa 2 : PTD

Hello korang semua, selamat pagi dan selamat bersarapan! hew

Ok, memandangkan skg ni Sue tengah excited nak share pengalamna sepanjang memohon keje ptd ni, so, bukak2 je laptop, teros bukak blog! ahahhaha, oppss..

Ok, seperti yang Sue ceritekan di entry sbelum ni, boleh rujuk kat sni, http://suriana13lasaraiya.blogspot.my/2016/05/pengalaman-fasa-1-ptd.html, fasa 1 selesai selepas korang dapat emel daripada spa yang mengatakan kamu lulus exam online tu. :D, thats good uols!

Selepas itu, korang kene menjawab soalan psikometrik, yang biasanya bole diakses selama seminggu berdasarkan tarikh yang dikeluarkan oleh pihak spa. Soalna ni, senang je. jawab ikut common sense korang, sebab diorang nak tengok kamu ni jenis mcmna orangnya. hehhe.. Cumenye, soalan dia agak banyak dan sedikit mengantukkan.. heheheh

Selepas itu, keluar je keputusan ujian psikometrik tu, korang akan menerima emel yang mengatakan kamu dijemput utk menghadiri Program Assessment Centre, PAC. PAC ni berlangsung lame jugak sebab setiap batch akan menghadiri PAC selama 2hari 1malam di INTAN. Hari tu Sue dapat di INTENGAH, pada 20-21 April 2016. Best memang best, sebab kat ctu kita dapat berkenalan, luaskan kabel kate orang.. ahhaha,,
Jemputan PAC drpd pihak SPA
Berdasarkan emel diatas, cuba tengaok lampiran yang dinyatakan. Lampiran A, mcm biodata, nt isi kat sana, cume kita kene readykan gambar passport la, yang cantik dan kemas. Lampiran B tu, adalah jadual sepanjang program, so, kite bolehlah bajet baju berapa, nak pakai apa, bila mase kene pakai baju formal dan tak formal. Heheheh,... Kemudian, Lampiran C tu adalah pemberitahuan bahawasanya, pada hari pertama disana, diorang akan buat test mcm ujian karangan BM dan BI. Masa Sue tu, memang menagntuk tahap gaban, sebab sebelah pagi dah buat ujian UKJK, so memnag agak penat! Lampiran D tu adalah senarai aktiviti yang dibuat pada sebelah pagi, hari pertama, Ujian UKJK. 

Aktiviti UKJK ni sangat penting sebenarnye, sbb untuk meluluskan diri meneruskan aktiviti seterusnya, kamu kene lulus ni dulu. Pepagi hari pertama tu, pendaftaran, taklimat sikit dan dimulakan dengan ujian UKJK. Dekat UKJK tu, diorang buat ujian seperti yang tertera dalam gambar ye.

Untuk ujian UKJK ni, result akan dikeluarkan hari tu jugak, sekitar pukul 1.30 petang, once korang lulus, barulah bole teruskan aktiviti seterusnya, iaitu, ke dewan besar untuk menjawab soalan karangan. Kalau tak lulus, so bye-bye la yee.. hehehheh... *tapi, mostly semua lulus la batch yang dtg tu.. hehehe.

Untuk soalan karangan BM, Sue dapat soalan dibawah :
1. Keharmonian rakyat Malaysia dibawah Gagasan 1 Malaysia..(..kalau tak silap.. )
2. **tak ingat dah pasal ape.. **

Untuk soalan karangan BI, Sue dapat soalan dibawah :
1. Green technology
2. Rukun negara

* jawab satu soalan je, jangan banyak2.. ehehhe.. paling penting, sebelum dtg ke PAC ni, kene study banyak jugak laa.. study pasla kenegaraan, baca hal2 semasa yang berlaku kat malaysia dan luar negara, memang banyak membantu!

Lepas ujian tu, checkin bilik, rehat jap, pastu, kumpul semula untuk aktiviti seterusnya. Sebelah malam tu, kitorang buat aktiviti kapal karama, kene pilih sape yang perlu dibuang ke laut gitu laa,, untuk selamatkan orang- yang lain. So, kite kene fikirlah mane yang terbaik gituuu.. heheh.. Lepas aktiviti tu, setiap orang akan dapat tajuk untuk public speaking BM dan BI untuk keesokan harinya. Sue dapat tajuk berikut :
1. Keusahawanan kerjaya pilihan. (BM)
2. Fruit trees to replace decorative plants for urban landscaping. (BI)

So, balik bilik je, sue tak terus tidur, sue stay jap, carik point2 yang berkenaan.. sebab kalu fikir esok pagi, takut tak sempat. hewwww

Untuk hari kedua, kami start dengan public speaking tu, habes je yang itu, kami kene buat discussion dalam groupselama sejam. Maksudnye, diorang bagi tajuk, pastu.. setiap orang kene bercakap point masing2, dan sepanjang tu, ad wakil spa (pegawai ptd), untuk bagi markah kat setiap orang. So, sepanjang ni, jgn la konker sorang2, bantu kawan2 lain yang kurang berckp, kalu tak markah kite kene tolak gak,.. gitulaa katenyee.. hehehe

Habes discussion tu, semua orang lega sbb PAC dah tamat! yeayhh, Time to go back laaa~~ ahahhah

excited!! ahahah~

gambar kenangan selepas PAC tamat!
Best sangat2, pengalaman baru bagi Sue yang pertama kali ke program gini, nak keje dengan kerajaan kan.. ehheeh,, so, me is so excited! even, rase mcm.. ya Allah..kerdil sgt diri, bila berada dalam kalangan orang2 yang hebat, hahhaha. Yang datang tu, bukan orang sembarangan tau, semua yang dah kerje, pegawai besar kat putrajaya tu haa.. yang aku ni, masih student lagi.. last semester lak tu.. ahhaha.. but,,,, its okaiyyy jaa.. hewhehwhew...

Lepas 2 minggu lebih, results PAC pun kluar! yeww

Ok, dah lulus.. Alhamdulillah.. sampai ke tahap ini!
Alhamdulillah.. Sue rasa sangat happy sebab dapat sampai sehingga ke tahap nak tengok tarikh interview. ahahahah.. Memang satu peluang yang sangat berharga. Sebab semua bende first time, dah Allah permudahkan sehingga nak ke peringkat IV. Semakin aku berazam, untuk buat yang terbaik, dapat ke tak dapat belakang cerita! yeaeyyy!

Ok ols, sampai sini dlu.. ahah nak sambung edit thesis plak ni.. Sue harap, pengalaman ni dapat membantu sesapa saje yang bakal menghadapinyaa..  ^_^

Chaos duluuu!! :*


Lasaraiya, S.









Pengalaman Fasa 1 : PTD

Pegawai tadbir dan diplomatik gred m41.. Ini memng bidang kerja yang menjadi kegemaran bagi kebanyakan lulusan universiti dan sewaktu dengannya.

Sape yang tak nak keje sebagai ptd ni kalau lah diberi peluang untuk menyandang jawatan ini kan. Tapi sejujurnya, aku memang tak tahu ap-apa pun pasal jawatan ini, sehingga lah di semester 7, roomate aku sedang gigih menjawab soalan online exam ptd ni. Tetapi, rezeki pun tidak menyebelahi dia.

Hmm, tapi tak pe, dia dpt rezeki keje yang lagi baik dan sesuai utk dia skg ni. hahah, rezeki masing2, Allah memang dah tentukan, kite ni tak tahu, cuma kita perlu usaha dan Allah akan bg yang terbaik untuk kita.

Sehingga lah, saat di semester akhir master ni, aku pun terlibat ngn benda ni,, hehheeh.. Muenya aku pelik, kenape aku tak dpt ap2 panggilan interview daripada spa? Rupenye selame ini, aku tak pernah isi pun,, ahahah,, *mybad*

So, aku start isi spa8 tu, bulan 8/2015. Salah satu jawatan yang aku apply adalah ptd ni la.. haishh,, apply je dlu.. tuptup,, sekitar hujung disember 2015, aku dapat emel drpd spa, *jemputan menjawab exam online ptd.

emel spa
Bila dpt je emel ni, aku pun gigih sikit laa, pegi la google skit ptd ni apa, bidang tugas, kebaikan, keburukan, procedure, semua2 laaa.. hinggalah kemudiannya, aku berazam, aku akan buat yang terbaik sepanjang-panjang ni, walau apa pun keputusan mendatang. hahahha

Aku buat research gak, soklan dia camne, bace blog2 pengalaman orang2 yang share kat google ni,, heheh, pastu carik2 kawan yang dpt emel gitu.. yang pastinya, ini pengalaman pertama aku nak apply keje government ni.. 

Semua orang kate, nak jd ptd ni memang susah, banyak cabran dan halangan,, hmm. memang pown, tp pengalaman yang kite dpt tu, sgt lah berharga. heheh

So, fasa pertama nak jadik ptd ni, kenelah jawab exam online dan lulus exam online ni. So, aku punye tarikh jawab exam tu pada 19 Januari 2016. Memandangkan nak jawab exa tu dgn lancar, ak pun stay kat inspem ni haa, kat inspem tenet laju, takut gak tersekat2 time jawab tu.. hewww..

Bahagian A : Pengetahuan am.. 
Yang ni, kalu korang ok bab-bab hal negara, ok je, bole jawab punye.. aahhah..
Time ni, aku tak mau mintak tlg ngn sesapa, aku buat sendiri2, tak nak lah meniru ke, menipu ke,, hehhe.. takut tak berkat plak dari awal2 ni..

Bahagian B : Matematik
Honestly, soklan bhgian ni, ala-ala soalan kbat darjah 6, tapi, memndangkan masa yang singkat tu, rasa cam.. alamakkk! kelam kabut giler.. ahhaah, gigih aku kire, student maths kan, kenela gigih skit kire.. ehhehe,, ** kate nak all out..!!**

Lepas jawab exam tu, tunggu la beberapa minggu, result kluar, dan spa pun emel kite like this. 

Ok, Alhamdulillah dapat! hehehh
Bila dapat emel ni dari spa, mksudnya kita dah settle fasa 1 nak jadik ptd.. yeayyh!! 

Ok uols.. Sue sambung besok, sbb nak balik dulu,, nak hujan..

Chaosss,, :*