Ok, memandangkan skg ni Sue tengah excited nak share pengalamna sepanjang memohon keje ptd ni, so, bukak2 je laptop, teros bukak blog! ahahhaha, oppss..
Ok, seperti yang Sue ceritekan di entry sbelum ni, boleh rujuk kat sni, http://suriana13lasaraiya.blogspot.my/2016/05/pengalaman-fasa-1-ptd.html, fasa 1 selesai selepas korang dapat emel daripada spa yang mengatakan kamu lulus exam online tu. :D, thats good uols!
Selepas itu, korang kene menjawab soalan psikometrik, yang biasanya bole diakses selama seminggu berdasarkan tarikh yang dikeluarkan oleh pihak spa. Soalna ni, senang je. jawab ikut common sense korang, sebab diorang nak tengok kamu ni jenis mcmna orangnya. hehhe.. Cumenye, soalan dia agak banyak dan sedikit mengantukkan.. heheheh
Selepas itu, keluar je keputusan ujian psikometrik tu, korang akan menerima emel yang mengatakan kamu dijemput utk menghadiri Program Assessment Centre, PAC. PAC ni berlangsung lame jugak sebab setiap batch akan menghadiri PAC selama 2hari 1malam di INTAN. Hari tu Sue dapat di INTENGAH, pada 20-21 April 2016. Best memang best, sebab kat ctu kita dapat berkenalan, luaskan kabel kate orang.. ahhaha,,
Jemputan PAC drpd pihak SPA |
Aktiviti UKJK ni sangat penting sebenarnye, sbb untuk meluluskan diri meneruskan aktiviti seterusnya, kamu kene lulus ni dulu. Pepagi hari pertama tu, pendaftaran, taklimat sikit dan dimulakan dengan ujian UKJK. Dekat UKJK tu, diorang buat ujian seperti yang tertera dalam gambar ye.
Untuk ujian UKJK ni, result akan dikeluarkan hari tu jugak, sekitar pukul 1.30 petang, once korang lulus, barulah bole teruskan aktiviti seterusnya, iaitu, ke dewan besar untuk menjawab soalan karangan. Kalau tak lulus, so bye-bye la yee.. hehehheh... *tapi, mostly semua lulus la batch yang dtg tu.. hehehe.
Untuk soalan karangan BM, Sue dapat soalan dibawah :
1. Keharmonian rakyat Malaysia dibawah Gagasan 1 Malaysia..(..kalau tak silap.. )
2. **tak ingat dah pasal ape.. **
2. **tak ingat dah pasal ape.. **
Untuk soalan karangan BI, Sue dapat soalan dibawah :
1. Green technology
2. Rukun negara
* jawab satu soalan je, jangan banyak2.. ehehhe.. paling penting, sebelum dtg ke PAC ni, kene study banyak jugak laa.. study pasla kenegaraan, baca hal2 semasa yang berlaku kat malaysia dan luar negara, memang banyak membantu!
Lepas ujian tu, checkin bilik, rehat jap, pastu, kumpul semula untuk aktiviti seterusnya. Sebelah malam tu, kitorang buat aktiviti kapal karama, kene pilih sape yang perlu dibuang ke laut gitu laa,, untuk selamatkan orang- yang lain. So, kite kene fikirlah mane yang terbaik gituuu.. heheh.. Lepas aktiviti tu, setiap orang akan dapat tajuk untuk public speaking BM dan BI untuk keesokan harinya. Sue dapat tajuk berikut :
Lepas ujian tu, checkin bilik, rehat jap, pastu, kumpul semula untuk aktiviti seterusnya. Sebelah malam tu, kitorang buat aktiviti kapal karama, kene pilih sape yang perlu dibuang ke laut gitu laa,, untuk selamatkan orang- yang lain. So, kite kene fikirlah mane yang terbaik gituuu.. heheh.. Lepas aktiviti tu, setiap orang akan dapat tajuk untuk public speaking BM dan BI untuk keesokan harinya. Sue dapat tajuk berikut :
1. Keusahawanan kerjaya pilihan. (BM)
2. Fruit trees to replace decorative plants for urban landscaping. (BI)
So, balik bilik je, sue tak terus tidur, sue stay jap, carik point2 yang berkenaan.. sebab kalu fikir esok pagi, takut tak sempat. hewwww
Untuk hari kedua, kami start dengan public speaking tu, habes je yang itu, kami kene buat discussion dalam groupselama sejam. Maksudnye, diorang bagi tajuk, pastu.. setiap orang kene bercakap point masing2, dan sepanjang tu, ad wakil spa (pegawai ptd), untuk bagi markah kat setiap orang. So, sepanjang ni, jgn la konker sorang2, bantu kawan2 lain yang kurang berckp, kalu tak markah kite kene tolak gak,.. gitulaa katenyee.. hehehe
Habes discussion tu, semua orang lega sbb PAC dah tamat! yeayhh, Time to go back laaa~~ ahahhah
excited!! ahahah~ |
gambar kenangan selepas PAC tamat! |
Best sangat2, pengalaman baru bagi Sue yang pertama kali ke program gini, nak keje dengan kerajaan kan.. ehheeh,, so, me is so excited! even, rase mcm.. ya Allah..kerdil sgt diri, bila berada dalam kalangan orang2 yang hebat, hahhaha. Yang datang tu, bukan orang sembarangan tau, semua yang dah kerje, pegawai besar kat putrajaya tu haa.. yang aku ni, masih student lagi.. last semester lak tu.. ahhaha.. but,,,, its okaiyyy jaa.. hewhehwhew...
Lepas 2 minggu lebih, results PAC pun kluar! yeww
Ok, dah lulus.. Alhamdulillah.. sampai ke tahap ini! |
Ok ols, sampai sini dlu.. ahah nak sambung edit thesis plak ni.. Sue harap, pengalaman ni dapat membantu sesapa saje yang bakal menghadapinyaa.. ^_^
Chaos duluuu!! :*
Lasaraiya, S.
So skrg...sis dapat x jawatan tu?
ReplyDeleteSis... Semua yg hadir peperiksaan on9 kena ikut PAC juga ke?
ReplyDelete