Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Datang LAgi.....

Salam saya ucapkan kepada semua pembaca...
Alhamdulilah.. bersyukur kita kepada Allah s.w.t keranan dengan limpah kurnianya dapatlah saya sekali lagi buat new post kat sini.. hehhehe.. Selain itu jgak, kita masih bernafas dengan oksigen yang masih lagi dibekalkan kepada kita semua..
Hari ini, puasa keempat di bulan Ramadhan..Aku buat sempoi2 jew.. :D  Aku menjalani hari dengan family dan memanfaatkan setiap detik dengan family sebabnya aku duduk sini kan cuma sebulan.. Hari raya kelima nanti kena balik ke Serdang semula..
Apa yang ingin saya sampaikan kali ini adalah serba sedikit peringatan kepada diri sendiri jugak dan kawan-kawan yang lain.Hmmm.. Apa yang kita lakukan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini?? Aku harap 30 hari ini tidaklah dibiarkan berlalu begitu sahaja.. Kan.. Kalau boleh, marilah kita bersama-sama memanfaatkan dengan melakukan perkara2 yang berfaedah untuk kita bawa ke akhirat kelak.. Betul tak..???!!



Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihannya kepada umat islam. Antara kelebihan besar yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam adalah 10 malam terakhir untuk berjumpa dengan malam Al Qadar.
Di siang hari kita melakukan puasa di mana kita tidak makan dan minum serta tdk melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa..
Di malam hari pula, kita disunatkan melakukan ibadah terawih dan amalan sunat yang lain seperti membaca Al-Quran, berzikir selain bersedekah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.


Pada bulan Ramadhan ini kita hendaklah menundukkan hawa nafsu dengan berpuasa. Puasa dapat menundukkan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan. Jangan terlalu mengikut keinginan nafsu sebaliknya kita yang perlu menawal nafsu. Bukannya nafsu yang mengawal diri kita. Puasa juga melatih diri kita untuk sentiasa bersikap sabar dalam diri.



Kita hendaklah mengawal kemarahan dalam diri kita kerana kemarahan itu adalah nafsu yang boleh membawa kepada keburukan. Tundukkan nafsu kita kepada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Oleh itu, marilah sama2 kita memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik lagi..  Segala salah silap, saya mintak maaf... hhhuhu...
Sampai sini sahaja untuk perkongsian kali ini.. Salam..^-^

No comments:

Post a Comment