" Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah sebaik-baik perancang. "
Memendam perasaan itu juga merupakan satu jihad, pada pendapat saya. Kerana kita sedang berusaha agar tidak terjebak dengan yang dikatakan dosa menurut Islam. Tetapi, tidak dinafikan perasaan suka didalam diri seseorang itu merupakan fitrah manusia biasa, yang tidak sempurna. Kerana itulah berada di alam remaja ini, merupakan satu alam yang sangat mencabar bagi setiap remaja. Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya
Tidak dinafikan, ada kawan-kawan lain yang risau kerana belum mempunyai pasangan sendiri pada ketika ini. "Sabar..sabar.. doa banyak-banyak.. InshaaAllah..jodoh semua itu ketentuan Allah.. Allah dah rancang yang sebaik-baiknya untuk kita.. Bezannya samada kita yakin atau tidak.." hanya itu yang mampu terluah saat ada kawan-kawan yang menyuarakan kerisauan yang terbuku didalam hati mereka.
Ada jugak kawan-kawan yang bercerita tentang pasangan masing-masing. Saya doakan semoga sampai ke jinjang pelamin.. InshaaAllah.. dan ada jugak yang bercerita pasal kesedihan sepanjang menjalinkan hubungan. Bila dengar part yang sedih2 nie, terlahir juga rasa syukur sebab tidak terlibat dengan keadaan sebegini.
Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.. =)