Baru selesai menelefon ayah di kampung. Alhamdulillah, mereka sihat-sihat sejahtera.
Bila aku bertanyakan bapa, mak ada di mana? Bapa menjawab "mak ada di bawah pokok tengah membersihkan tebu seorang" Luluh hatiku saat bapa berkata sedemikian..
Aku cuma mampu membalas kata-kata bapa : " kesiannya mak.."
dalam hati aku menyambung ayatku " sabar mak ea, lagi sedikit sahaja lagi perjuanganku di sini.. InshaaAllah, sue akan bawak mak dan ayah ke sini..
Ini misi yang aku pegang sejak berada di tingkatan 1 lagi. Kalau hendak dicerita disini, sangatlah panjang dan berliku-liku dugaan yang harus aku tempuh sebelum menjejakkan kaki ke menara gading. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu terucap, apabila mengenang kembali perjalanan hidupku sehingga detik ini, sungguh Allah telah merancangnya dengan sebaik-baik perancangan.
Aku sedar, aku datang dari kalangan keluarga yang sederhana, mak ayah tidak punya harta untuk diberikan kepada kami dua beradik. Tapi, aku bersyukur dengan segala yang diberikan, aku diberikan mak ayah yang penyayang, sporting, dan paling penting kami bahagia.
Bertindak selaku anak pertama, beban tanggungjawab yang kubawa dan kugalas kesini sangat menuntut aku agar lebih sedar dan sentiasa beringat di mana kedudukanku yang sebenar. Mendorong aku agar tidak datang ke sini bermain-main semata, mendorong aku agar menimba ilmu seberapa banyak yang boleh, mengutip pengalaman seberapa banyak yang mungkin.
Mak selalu pesan : " Belajar bagus-bagus.. kamu harapan keluarga untuk memajukan hidup pada masa hadapan.. Ayah selalu tidak sihat, tidak mungkin lagi untuk dia bekerja keras seperti kamu kecik.. Jangan lupa semua nie ea.. "
Pesanan ayah pula : " Bapa tiada harta untuk dibagi-bagikan kepada kamu dua beradik.. melainkan ilmu yang kamu tuntut.. selagi bapa mampu, bapa akan sentiasa mendorong kamu belajar.. Jadi selalu ingat niat sebenar ke universiti ea... "
InshaaAllah, aku akan buat yang terbaik..doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah redha.. :) adik pown akan buat yang terbaik jugak... :)
MakAyah : sedikit sahaja lagi, doakan saya.. InshaaAllah.. saya akan ubah hidup kita.. :)
Love you Mak Ayah ..
Suriana
(14/12/2013 ; 1.17pm)
good luck sue!, i know your story dear ;), still be my motivation to move forward ^^
ReplyDelete