Monday, October 24, 2011

Cuti Seminggu Kat Kolej

Salam... Semua..

Apa khabar kawan2 semua.. Mesti semua tengah cuti2 Malaysia sebab minggu nie adalah cuti pertengahan semester. Hmm... Hopefully semua dapat memanfaatkan cuti seminggu nie dengan baik dengan aktiviti yang berfaedah buat diri kita sendiri..

Bermula cuti seminggu nie, aku spend masa pegi ke Program Mari Belajar Berkawan di KEM Herba, Sungai Congkak. Aku bertolak ke kem nie pada pukul 3.00 petang, hari Jumaat lalu dan balik ke sini pada hari Ahad petang. Seronok dapat pergi kem tu. Aku bertemu dan berkawan dengan ramai orang. Then, aku jugak dapat berjumpa dengan seorang budak lelaki ni, junior aku dalam Matematik, dia nie pandai sangat dalam Matematik. Aku macam terharu sangat dan mengambil banyak pengajaran daripada semua yang dia cakap. Salah satunya ialah dia pesan.

" Kalau nak belajar Matematik @ subjek mana2 yang lain, kita kena ada minat yang mendalam terlebih dahulu "

Aku ambik kata2 dia nie sebagai peringatan untuk aku sendiri dan jugak mungkin untuk kawan2 yang sedang membaca blog nie.

Then, balik je ptg tu, sebelah malam aku balik Banting pulak. Untuk satu malam je.. Bukan apa, just mau tengok baby baru. Anak Abang Bur dan Kak Jah.. Anak Lelaki, namanya si Kairul Azam.

Tidur je lah kerjanya budak kecik nie.


Masih nda dpt bezakan siang dan malam. hihihi.
Then, hari ni, aku pegi Bhep hantar laporan aktiviti Beka untuk claim duit umi.. Pastu, aku pegi pulang buku dan pinjam buku.. huhuhu... Aku maw settlekan assignment Kemahiran Berfikir pulak.. Dan aku memilih untuk membuat kajian tentang Prof Dr Hamka.. Siapa dia..?? Apa Sumbangannya..??
Akan aku ketahui selepas menyelidik beberapa buku yang aku pinjam dari library..

 Hmmm... Rasanya, setakat nie je dulu kot kawan2... Nanti, ada apa2.. aku akan post kesini lagi.. Orait..!!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda... Mmuuaahh.. (^^,)

No comments:

Post a Comment