Salam... Just nak share sikit laa...
Hari itu test satu aljabar linear dapat 6/20... tp, tak sangka pulak keputusan nie banyak beri pengajaran dengan aku untuk menghadapi hidupku seterusnya..
Sekarang aku lebih mudah menerima apa yang pantas menjadi milikku.. aku lebih mudah mensyukuri nikmat yang diberikan kepadaku.. Kini, aku lebih berfikiran positif, lebih jauh ke hadapan berbanding orang lain.. Aku dapat merasakan diriku semakin matang di bawah arus kehidupan ini...
Walaupun semua orang mengatakan keputusan itu agak rendah, tetapi.. mak aku cakap aku boleh buat yang lebih baik daripada itu.. Lecturer jugak cakap yang aku still boleh dapat A- even still can get A.. hmmmm...
Alhamdulilah.. Ya Allah.. atas segala nikmat yang Kau berikan kepada aku dan keluargaku.. Alhamdulilah..
Aku dapat menerimanya bahawa mungkin ada hikmah disebalik aku yang mendapat markah yang rendah ini.. hmmm...
Ya Allah.. Tuhan yang memiliki segala kekuasaaan, keindahan dunia, keagungan, penguasa seluruh alam...
Jika rezeki masih di atas langit, turunkan lah,
sekiranya di dalam bumi, keluarkanlah,
sekiranya sangat jauh, dekatkanlah
sekiranya susah, permudahkanlah,
sekiranya haram, sucikanlah..
Berkat waktu duhamu, keagunganmu, keindahanmu, kekuatanmu, dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada hambamu yang soleh.. InsyaAllah..
Amin... InsyaAllah.. aku akan berusaha meningkatkan prestasi akademikku ini.. dan membahagiakan family dan kawan2 yang lain.. huhuhu..
Aku tahu aku boleh buat yang terbaik dari ini...
Chaiyok Sue..!!!
No comments:
Post a Comment