Friday, December 23, 2011

Scar 2011 Kolej Kedua



Salam... Dah lama tak bukak Blog.. Seriosly busy giler2.. huhuh...So hari ini, lepas study aljabar sket.. terasa mcm nak post something kat blog aku nie..

Just nak share ckit pasal program kitaorg kat kolej nie.. huhuh..
Bru-baru nie kami adakan satu event besar, julung2 kali diadakan di KOlej Kedua Upm...
Banyak aktiviti yang diadakan... Pameran agensi, Gerai keusahawanan, band Fighter, Bengkel fotografi dan banyak lagi.. huhu..

Seronok memang seronok.. tapi, kepenatannya tidak terkira.. namun aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa kehadiran hujan di waktu petang..

Perasmian yang dibuat buat aku rasa sangat bangga kerana terlibat sebagai ajk pelaksana yang menyumbang dalam program yang besar ni..


Scar 2011.. Memberi sejuta kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh semua orang...

Ini adalah antara ajk pelaksana yang terlibat dalam menjayakan scar 2011..

Semua orang sebut ....  SCARRRRRR!!!!!!

Kegembiraan yang sangat jelas dari mimik muka semua orang... huhuhuihui..



Barisan MTM Kolej Kedua yang menjadi peneraju dalam menjayakan misi Scar 2011.. Chaiyok!!!

Dari belakang adalah Abg Din a.k.a Shila Amzah,
Then Me, Sue a.k.a Ning
Next is Charp a.k.a Jaclyn
The most in front Moshirina Biangka Alaska Makkarina a.k.a pengurus..
Gabungan 4 MTM, 3 suara....Beribu Sesalan... hheheheh...

Kak Fefey merangkap ketua Protokol dan Tasha sebagai penyelaras aktiviti Tabung Palestin.. dan i dan Moshi.. Artis jemputan.. ngeee~~~~~~~

Ni adalah barisan eksekutif pameran yang berjaya mencari 7 agensi kerajaan dan 1 agensi swasta untuk membuat pameran sempena scar 2011.. Congratzzzz uols..!~!!

Semua sibok amek gambar kenangan...~~~~~~

Bersama MC Scar 2011 yang unggul ...
Kak intan.. huhuh~~~~~
Happy je aku naik kuda... hahhahah... Ni jugak salah satu aktiviti Scar 2011.. Rugi sape yang tak datang.. hahhah...

Sayang kuda.. huhuhu...


Scar 2011 akhirnya tamat dengan persembahan dikiria...
Bangga, sedih, haPPy, speechless... semua gambaran perasaan bercampur-baur.. Hopefully, dapat buat lagi tahun depan.. Insyaalllaahh..

Seriously, Scar 2011 memang meninggalkan parut yang mendalam yang memarut dihati setiap insan bergelar Ajk Pelaksana..

Friday, October 28, 2011

Pengajaran 6/20

Salam... Just nak share sikit laa...


Hari itu test satu aljabar linear dapat 6/20... tp, tak sangka pulak keputusan nie banyak beri pengajaran dengan aku untuk menghadapi hidupku seterusnya..

Sekarang aku lebih mudah menerima apa yang pantas menjadi milikku.. aku lebih mudah mensyukuri nikmat yang diberikan kepadaku.. Kini, aku lebih berfikiran positif, lebih jauh ke hadapan berbanding orang lain.. Aku dapat merasakan diriku semakin matang di bawah arus kehidupan ini...

Walaupun semua orang mengatakan keputusan itu agak rendah, tetapi.. mak aku cakap aku boleh buat yang lebih baik daripada itu.. Lecturer jugak cakap yang aku still boleh dapat A- even still can get A.. hmmmm...

Alhamdulilah.. Ya Allah.. atas segala nikmat yang Kau berikan kepada aku dan keluargaku.. Alhamdulilah..

Aku dapat menerimanya bahawa mungkin ada hikmah disebalik aku yang mendapat markah yang rendah ini.. hmmm...

Ya Allah.. Tuhan yang memiliki segala kekuasaaan, keindahan dunia, keagungan, penguasa seluruh alam...
Jika rezeki masih di atas langit, turunkan lah,
sekiranya di dalam bumi, keluarkanlah,
sekiranya sangat jauh, dekatkanlah
sekiranya susah, permudahkanlah,
sekiranya haram, sucikanlah..

Berkat waktu duhamu, keagunganmu, keindahanmu, kekuatanmu, dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada hambamu yang soleh.. InsyaAllah..

Amin... InsyaAllah.. aku akan berusaha meningkatkan prestasi akademikku ini.. dan membahagiakan family dan kawan2 yang lain.. huhuhu..

Aku tahu aku boleh buat yang terbaik dari ini...
Chaiyok Sue..!!!

Thursday, October 27, 2011

Believe yourself

You are what you think..

trust yourself..

because..

power comes from quiet mind..

you make your own happiness..

so,

stop fuming and fretting..

then, you will get what you expect..

you can be a winner..
you can be a champion..

you like when other people like you..

so...,,,

why not use the higher power of thinking

to achieve what you want

in your life...


Goodluck Sue..!

Monday, October 24, 2011

Cuti Seminggu Kat Kolej

Salam... Semua..

Apa khabar kawan2 semua.. Mesti semua tengah cuti2 Malaysia sebab minggu nie adalah cuti pertengahan semester. Hmm... Hopefully semua dapat memanfaatkan cuti seminggu nie dengan baik dengan aktiviti yang berfaedah buat diri kita sendiri..

Bermula cuti seminggu nie, aku spend masa pegi ke Program Mari Belajar Berkawan di KEM Herba, Sungai Congkak. Aku bertolak ke kem nie pada pukul 3.00 petang, hari Jumaat lalu dan balik ke sini pada hari Ahad petang. Seronok dapat pergi kem tu. Aku bertemu dan berkawan dengan ramai orang. Then, aku jugak dapat berjumpa dengan seorang budak lelaki ni, junior aku dalam Matematik, dia nie pandai sangat dalam Matematik. Aku macam terharu sangat dan mengambil banyak pengajaran daripada semua yang dia cakap. Salah satunya ialah dia pesan.

" Kalau nak belajar Matematik @ subjek mana2 yang lain, kita kena ada minat yang mendalam terlebih dahulu "

Aku ambik kata2 dia nie sebagai peringatan untuk aku sendiri dan jugak mungkin untuk kawan2 yang sedang membaca blog nie.

Then, balik je ptg tu, sebelah malam aku balik Banting pulak. Untuk satu malam je.. Bukan apa, just mau tengok baby baru. Anak Abang Bur dan Kak Jah.. Anak Lelaki, namanya si Kairul Azam.

Tidur je lah kerjanya budak kecik nie.


Masih nda dpt bezakan siang dan malam. hihihi.
Then, hari ni, aku pegi Bhep hantar laporan aktiviti Beka untuk claim duit umi.. Pastu, aku pegi pulang buku dan pinjam buku.. huhuhu... Aku maw settlekan assignment Kemahiran Berfikir pulak.. Dan aku memilih untuk membuat kajian tentang Prof Dr Hamka.. Siapa dia..?? Apa Sumbangannya..??
Akan aku ketahui selepas menyelidik beberapa buku yang aku pinjam dari library..

 Hmmm... Rasanya, setakat nie je dulu kot kawan2... Nanti, ada apa2.. aku akan post kesini lagi.. Orait..!!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda... Mmuuaahh.. (^^,)

Thursday, October 20, 2011

6/20

21 Oktober 2011.... Jumaat..

Salam... semua...

Hari ni dah start cuti semester pertengahan selepas test 1..
Ingatkan dapat lah cuti dengan gembiranya.. tapi.. apakan daya aku dapat tahu result aljabar linear hari ini dana dia tidaklah begitu memuaskan... TOTALLY tidak memuaskan... aaaaarrrggggghhhh..!!! tension jugak kejap tadi... :(

Tapi, thank to my best friend, Tan Bee Hui... Because she give some advice to me... She make me a little bit touching.. huhuhuuh...

Biasenya akan bagitau mak pasal bende nie tapi, kali nie tak bagitau sebab tak nak dia tension2... Bile dia tau pasal ni, pasti dia akan kecik hati, same la ngan bapak jugak.. so, untuk memudahkan aku study dan catch up balik dengan tenang, biarlah diorang tak taw untuk subjek nie je.. Dan aku hanya akan cakap result Final jer...huhuhu...maafkan la saya, mak ngan bapak... huhuhu...Bukan niat nak menipu tapi, sekarang tengah berusaha utk cover all balik...

Semua orang cakap, sometimes.. kite akan jatuh dibawah dan sekarang aku merasakannya.. huhuhu.. tapi xpe, Nie semua ujian yang akan buat aku lebih sedar tentang kesukarannya untuk mendapatkan A bagi subjek nie.. that's is ALJABAR LINEAR...

So, sekarang.. aku dah decide... aku akan buat yang terbaik dari test satu nie... Lagi satu, tadi sempat jumpe ngan dr Leong dan dr Nik kat bilik diorang... Aku cube untuk bercerita dgn diorang pasal tu.. dan diorang bagi sedikit kata-kata semangat kepada aku..

Then, aku rase bangun kembali.. huhuhu... terharu kejap..
Lepas tu, Dr Leong cakap ngan aku, test 1 ni biarlah berlalu mcm nie dan diorang akan cuba untuk sediakan beberapa kuiz untuk menaikkan markah nie sebab semua gruop pun dapat markah yang jatuh macam gini.. Then , he said also.. Aku masih boleh dapat A taupun A- .... aaaaaahhhhhhhh!!

So,aku kena fokus on quiz2, test 2, tutorial, attandence dan Final Exam..!!  CHAIIYOOKKK Sue !!!!!

YA Allah.. Tolonglah Hamba-Mu ini... huhuhuhuhu...

Insyallah...

Yang Ikhlas.. Suriana Lasaraiya.

Saturday, October 15, 2011

Beri Saya Masa...

Salam korang semua... saya harap semua sihat sejahtera... huhuh..
Sekarang dah pukul 9.55 mlam.. dan esok aku ada test Kemahiran Berfikir... tapi....,,,,
Ada sedikit masalah yang membelenggu diri ni..

"Beri saya masa dan mungkin tak betegur mcm ini adalah yang terbaik buat masa skg".. Seriously, aku tak faham...apakah sebab aku, hingga buat dia marah sampai mcm tu sekali... Aku mengharapkan kawan yang boleh menyokong aku walau apa pun yang berlaku..tapi, apa yang terjadi sekarang nie..?// hhuhu..
Dia minta aku untuk memberikannya waktu untuk berfikir... aku tak faham maksud yang cube dia sampaikan.. uhuh... Dia, kawan yang aku anggap tempat aku berkongsi masalah dan kegembiraan..tapi skg nak tengok aku walau sesaat pun macam tak nak.. Masalah makin betmbah2 sbbnye banyak giler kelas grup ngan die.. Mcmmna aku nak act as nothing happen between us..?? Acting as we don't know each other??

Dengan siapa aku harus mengadu...?? arrrgghhhh..!! Tensionnyerrr...!!

Aku dah penat fikir masalah ni.. Asyik aku je yang initiatif menyelesaikan masalah ni.. tp tdk dr pihak die.. Aku nak wat mcmna kalau org dah x sudi nak kawan ngan kite lg..

LIFE MUST GO ON..!!!!!!

Aku harus teruskan hidup... Aku harus ingat matlamat sebenar dtg study kat Upm nie.. tak nak ad masalah remeh mcm gini...
Sekarang, aku tak nak sedih2 atau fikir2 pasal dia lagi.. Lepas abis je tulis kat sini, dia akan tamat kat sini jer.. Aku dah penat terperangkap dalam masalah yang tak sudah ni.. Terserah dari dia nak decide mcmmna..

Kalau dia dah nak mcm ni lebih baik.....

OK, FINE...!!! Kita akan teruskan macam ini je... Seriously, aku dah penat nangis pasal bende yang ko pun tak hiraukan langsung..!! Aku kat belakang ni nangis2, dan kaw kat depan bole ketawa mcm gitu.. sakitnye hati...huhuhuh...

Tegangnye cerita aku malam ni, tapi nak wat mcmna aku  kena crita ngan seseorg dulu, then baru aku akan tenang dan concentrate nak study.. dan kat blog ni la aku rase boleh luahkn bende ni...huhuh.. Maaflah kalau menyinggung mana2 pihak.




salam semua.. selamat malam dan mimpi indah..
From Sue..

Wednesday, August 31, 2011

3 Syawal 1432H

Salam kawan-kawan....

Apa khabar semua? Saya harap semua sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga yang disayangi dan dicintai..Hari ini 1 september 2011 bersamaan dengan 3 Syawal 1432 H..

Hmmmm.. awal-awal pagi lagi kami sekeluarga bergerak menuju ke Jalan Aman untuk menziarahi pusara arwah adik, makcik, pakcik, sepupu dan atok.. hmmm.. rasa sedih tapi apa yang kita boleh buat.. Allah lebih sayangkan mereka.. kita hanya mampu berdoa agar mereka semua ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan solehah.

Lepas tu..balik daripada tanah perkuburan.. aku bersiap-siap dengan family sebab kitaorang nak pegi rumah sanak saudara pula.. kann.. Inilah masa yang paling sesuai melawat keluarga dan meminta duit raya.. kejap lagi nak pegi lah nie.. Aku harap semua pun haPPy2 selalu ngan family yer.. hhehheheh...

Sebenarnya sedih jugak sebab hari ni kan dah raya yang ke-3 tapi aku x dapat duit raya walau seringgit pun.. huhuhuh.. sedihkan... aaaaaaaaaaaaarrrrrrggggghhhhhhh.... aku pulak yang kena bagi duit raya kat budak-budak disini.. Tapi takpe.. ok jew.. mungkin sebab diorang ingatkan aku kerja kot kat kL tuh..

Ok lah kawan-kawan.. mak aku pun dah panggil sebab dah nak gerak ni.. setakat nie je kot dulu..
To be continued.. cehhh.. mcm la drama tv yang berepisode kannn.. heheheh..

Apa-apa pun..

Ikhlas daripada saya dan family..
Mengucapkan 
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir batin
Semoga
segala amalan kita khususnya sepanjang bulan Ramadhan
mendapat keberkatan dan diterima
oleh 
Allah s.w.t
insyaAllah.. 


k  lah semua...
Assalamualaikum..

2 Syawal 1432H

Salam...
Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan..

Alhamdulillah.. kerana kita masih diberikan nikmat iman dan Islam sehingga hari ini..

Alhamdulillah.. kerana kita berjaya sampai ke hari kemenangan Syawal pada tahun 1432H ini..

Alhamdulillah.. kerana dapat balik ke Sandakan untuk beraya bersama family di sini..

Banyak benda maw cerita di sini tapi  tak tahu macamna maw dimulai.. heheheh.. Semalam maw post tapi langsung nda sempat sebab semalam kan banyak sangat kerja.. Kami ada kenduri membaca doa selamat sempena hari raya ini..

Ringkasnya....
nak cakap benda nie je sebenarnya.. hihhi..

Sejalan dengan berlalunya ramadhan pada tahun ini,
Kemenangan akan kita gapai,
dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, budi pekerti,
dalam kesempatan hidup, ada keluasan ilmu,

nak sambung apa lagi... hmmm.. tu je la kot.. hehheeh..

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...

Salam...

Sunday, August 28, 2011

Dugaan

kata orang..
Dugaan yang dilalui mematangkan pemikiran individu tersebut

kata orang..
Dugaan yang ditempuhi melatih kesabaran seseorang itu

kata orang jugak..
Dugaan adalah simbolik tanda sayang Allah kepada kita

kata orang..
Allah tidak akan memberi dugaan kepada hamba-Nya yang tidak mampu menghadapainya..

Ya Allah...
berilah aku kesabaran menghadapi semua ini..
berilah aku kekuatan untuk menyelesaikan semua ini..
berilah aku ketenangan hati dan fikiran agar aku dapat memikirkan jalan keluar daripada masalah ini...

Astagfirullahhalazim....

Sunday, August 7, 2011

Woowww...!!! Baju Raya.. Cantek giLerrrr...!!

Assalmualaikum semua..

Apa khabar.?? Saya harap semua sihat sejahtera dan di bawah rahmat Allah s.w.t. Hari ini, 8 Ramadhan equal to 8 Ogos tahun 2011.. 

Semua mesti tengah sibuk2 memikirkan fesyen baju raya yang ingin dibuat kannnnzzz.... heheheh... Sebab saya pun sama jugak.. Kalau saya ne, tak pe kalau hantar kain ke penjahit lambat sikit sbbnyer mak saya adalah: 

surirumah + penjahit =memudahkan saya untuk memikirkan fesyen baju raya dengan lebih lama sikit.. hihihi..

Walaubagaimanapun, saya telah melakukan research di beberapa buah butik di Malaysia melalui channel facebook. Antara butik yang saya pilih adalah seperti berikut (( cehhhhh... penyelidik sangat kn.... heheheh~~~ ))
a) Butik Balleyrina I dan II
b) Butik Impiana
c)Dira Butik
d) Kedai Shafendi Online

Jadi....
Setelah diperkenankan oleh majlis raja2..~~ (saje jeww..)~~  maka dengan itu, saya telah memilih beberapa fesyen baju raya terkini untuk tatapan kawan2 semua... Manalah tahu, berminat dan mungkin boleh mengikut contoh tersebut atau Membeli terus daripada cawangan yang berdekatan dengan anda..

Baju ne.. paling ak suke.. comel dan eksklusif + elegan

Another colour.. biru laut yang lembut...hmmm.. so sweet...

PIlihan warna yang ketiga... Warna yang Sesuai untuk ibu anda...

Contoh baju raya yang kedua.. Hitam menaikkan seri si pemakai... hhooohoh..

Simple tetapi mampu menonjolkan si pemakai di pagi raya... ( Promosi sgt ak ne...~~~)

pattern baju ne lain dari yang lain...cantek..

Sangat sesuai untuk pemakai yang memiliki kulit kuning langsat.. ak rasa laa..

Cantiknya... kin dia unik.. mcm rasa nak g kawen pun ade.. hihhi..

Baju kurung asali tetapi dihiasi dengan manik2 yang bergemerlapan di bahagian leher baju.. hmmm...
 ( Ayat  aku ne skema sgt..)


Baju yang saya tunjukkan kat atas ne cantek2 kn... so, kalau nak wat tempahan bolehla buka laman web mereka ne..
http://balleyrina.blogspot.com/2011/02/sutra-crepe-feb-02.html... then click terus ke laman facebook diorg.. k..
ataupun laman sesawang http://www.shafendicollection.com/... ataupun laman web http://www.dirabutik.com/  ataupun yang last sekali.. boleh buka laman web http://butikimpiana.blogspot.com/...

So, saya harap info kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.. hihih..

Akhir kata daripada saya... ala membeli menang memakai... okai... 

semua pembaca selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.... Rojer2...

Assalamualaikum...



Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Datang LAgi.....

Salam saya ucapkan kepada semua pembaca...
Alhamdulilah.. bersyukur kita kepada Allah s.w.t keranan dengan limpah kurnianya dapatlah saya sekali lagi buat new post kat sini.. hehhehe.. Selain itu jgak, kita masih bernafas dengan oksigen yang masih lagi dibekalkan kepada kita semua..
Hari ini, puasa keempat di bulan Ramadhan..Aku buat sempoi2 jew.. :D  Aku menjalani hari dengan family dan memanfaatkan setiap detik dengan family sebabnya aku duduk sini kan cuma sebulan.. Hari raya kelima nanti kena balik ke Serdang semula..
Apa yang ingin saya sampaikan kali ini adalah serba sedikit peringatan kepada diri sendiri jugak dan kawan-kawan yang lain.Hmmm.. Apa yang kita lakukan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini?? Aku harap 30 hari ini tidaklah dibiarkan berlalu begitu sahaja.. Kan.. Kalau boleh, marilah kita bersama-sama memanfaatkan dengan melakukan perkara2 yang berfaedah untuk kita bawa ke akhirat kelak.. Betul tak..???!!



Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihannya kepada umat islam. Antara kelebihan besar yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam adalah 10 malam terakhir untuk berjumpa dengan malam Al Qadar.
Di siang hari kita melakukan puasa di mana kita tidak makan dan minum serta tdk melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa..
Di malam hari pula, kita disunatkan melakukan ibadah terawih dan amalan sunat yang lain seperti membaca Al-Quran, berzikir selain bersedekah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.


Pada bulan Ramadhan ini kita hendaklah menundukkan hawa nafsu dengan berpuasa. Puasa dapat menundukkan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan. Jangan terlalu mengikut keinginan nafsu sebaliknya kita yang perlu menawal nafsu. Bukannya nafsu yang mengawal diri kita. Puasa juga melatih diri kita untuk sentiasa bersikap sabar dalam diri.



Kita hendaklah mengawal kemarahan dalam diri kita kerana kemarahan itu adalah nafsu yang boleh membawa kepada keburukan. Tundukkan nafsu kita kepada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Oleh itu, marilah sama2 kita memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik lagi..  Segala salah silap, saya mintak maaf... hhhuhu...
Sampai sini sahaja untuk perkongsian kali ini.. Salam..^-^

Saturday, July 23, 2011

When yOu TeLL me ThaT you Love mE



I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do





I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth


And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me


I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here
 
And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me




In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me


You love me
When you tell me that you love me

Sunday, July 3, 2011

TaMan LauT di MalaysiA

Salam.. Alhamdulliah, kita masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan untuk hari ini. Allah telah memberikan kita banyak benda yang berharga yang boleh dimanfatkan oleh kita. Antaranya alam semulajadi yang indah dan permai..hmmmm... Subhanallah... memang sangat cantik.. Hari ini kita nak crita pasal taman laut di Malaysia.. Pasti ada yang tidak sedar bahawasanya negara kita memiliki taman laut yang sangat cantik..
Untuk makluman semua, taman laut di Malaysia ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari paras air surut terendah.
Antara taman laut tersebut ialah :
  1. Taman Laut Pulau Payar
  2. Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu
  3. Taman Laut Pulau Kuraman
  4. Taman Laut Pulau Rusukan Besar
  5. Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan
  6. Taman Laut Pulau Tinggi
  7. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
  8. Taman Laut Pulau Tioman
  9. Taman Laut Pulau Perhentian
Taman ini memiliki fungsi yang penting untuk memastikan biodiversiti kita terkawal dengan baik.Kawasan ini manjadi satu santuari bagi perlindungan dan pemuliharaan terumbu karang dan hidupan marin.


Kawasan taman laut yang cantik untuk beriadah

Aktiviti snorkelling

Pemandangan taman laut dari atas...




Dasar laut

TErumbu karang yang berwarna-warni

Karang yang berperanan sebagai pembentuk utama ekosisterm

comel kan... 

 Konklusinya... sayangi alam semulajadi di sekekliling anda... JAngan biarkan ia tercemar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab... Itu sahaja perkongsian pada hari ini... smoga ad manfaat, insyallah...
Salam....=)

Sunday, May 8, 2011

Sandakan... I'm back....

Salam.....
Hari ne aku bertolak seawal 4.30 pg dari banting ke LCCT dengan harapan nak beratur secepat mungkin untuk check in... heheheh.... Selepas check in, ak menunggu di balai berlepas hampir sejam.. Masuk sahaja ke perut kapal terbang, wajah keluarga menerpa terbayang-bayang di ingatan.. Aku tak sabar nak bagi durang surprise,kan ak beli banyak hadiah untuk dorang...hehheheh....



kapal terbang airasia... huhuhh... i mengantuk duduk d dalam ne....huhuhu....

duajam 50 minit kemudian.......



Alhamdulillah.... dengan izin-Nya, aku sampai dengan selamat di tanah tumpah darahku.. Sandakan....



ne gambar bandar sandakan yang indah dan comeL....


hahahaha.... ak sampai ne... hmmm. bnayk benda maw ckap ngan durang .. hahahah... ak kan banyak cakap.....huhu... sekarang ne ak maw jalan-jalan puas-puas... hhahaha... sebabnye, nanti kena datang ke upm balik bulan tujuh...



ne masjid sandakan... letaknya di jalan sim-sim... hhehe... masjid yang comel...

Tu jak la maw cakap ari ne.... huhuh...

Salam....

Sunday, May 1, 2011

budak rajawalian yg comeLL..!!

 Salam... seminggu lepas blok kitaorg buat ari pembubaran blok.. best sgt2... kita org lantik ajk baru... huhu..
hhaaa... 



                                          haPPy nye durang ne... ish2....!!


ajk yg terlibat... penat kot tp stiLL ble senyum gak... weLL.... pLakon tebeK...!!




                                                    Smua gile gmbarr.... hehhehe...



                                                    Kenangan terindah.....



                                  Nie Waktu nak Rasmikn.... hhhaaaa.. akak ne mantan headblog blok ne... heBat2....!!



Akak2 YG ComeLLL22.... 



CEnderahati tuk mantan ajK... 



Smart..!!

Sgt rindu saat ne.. heheh... Walaupun tak menyumbang bnyk kn dlm event ne.. mklumlah jd usher jew.. hihih.. apapun, bnyak benda kita blajar dr cni...